Yahuuuuuuu.... hari ini Una dah pandai tunggang basikal. Ibu ajar selama dua hari tapi Una tak pandai2. Kemudian ibu suruh abang ajar. Sekali je abang ajar Una dah pandai.
Heheh... sebenarnya Una pandai sebab ibu dah ajar. Kalau ibu tak ajar, tentu Una tak pandai. Ada ke orang pandai bawa basikal dengan sekali belajar je?
Saturday, June 19, 2010
Dah pandai tunggang basikal!
Posted by Fatini Husna at 6:37 PM 0 comments
Labels: hari ini dalam sejarah
Tuesday, May 4, 2010
Saya demam panas
Saya demam panas selama beberapa hari. Selepas menyertai sukan sekolah pada hari Sabtu (saya menang tempat ketiga lompat kanggaru. Hehe...), saya mulai demam pada hari Isnin. Mujurlah pada hari itu sekolah cuti peristiwa. petangnya ibu bawa saya ke klinik an-Nisa. Dr bagi sya nebulizer sebab saya mengadu susah bernafas. Ibu beritahu dr badan saya panas. bila doktor cek, suhu badan saya 38.8C. Jadi doktor pun bg cuti dua hari.
Hari khamis, demam panas saya masih kuat. Ibu bawa saya ke klinik kesihatan sg buloh. di sana suhu saya 38.4. Tapi dr tak bagi apa2 ubat, sebab dr suruh saya habiskan antibiotik dulu.
Hari Sabtu barulah saya pulih sepenuhnya.
Tapi hari isnin saya kena pergi jumpa pakar mata pula. bila balik dari hospita, sudah pukul 2 petang. ibu hantar juga ke sekolah sebab sudah seminggu saya tak ke sekolah. Huhu... saya menangis dalam kelas. puas ibu pujuk.
(bekas hijau tu standby, takut2 termuntah!)
Posted by Fatini Husna at 9:27 AM 0 comments
Labels: tentang diriku
Monday, May 3, 2010
Saya pakai cermin mata
Pada 3/5/2010, saya jumpa pakar mata pula. Mata saya lebih teruk daripada kakak. Bacaan Snellen saya 6/36. Setelah optometris periksa mata saya, dia suruh saya pakai cermin mata. Tapi walaupun saya pakai cermin mata, bacaan snellen saya tak dapat 6/6. Sebelah kiri dapat 6/12 dan sebelah kanan dapat 6/18. Doktor cek mata saya kenapa saya tak dapat bacaan 6/6, tapi mereka pun tak tahu jawapannya.
Dua bulan lagi saya kena pergi sekali lagi ke hospital untuk jalani latihan mata, supaya apabila pakai cermin mata bacaan mata saya jadi 6/6.
Balik dari hospital, ibu bawa ke kedai cermin mata. Saya buat cermin mata dengan harta RM269.00. Ibu kata, harga cermin mata mahal sekarang, tak sama macam dulu. Apa nak buat, semua barang naik harga.
Posted by Fatini Husna at 9:10 AM 0 comments
Labels: tentang diriku
Sunday, April 18, 2010
Periksa mata
Sudah lama saya tidak menulis di sini. Ada perkara-perkara menarik yang saya jalani.
Khamis lepas, semua murid Tahun Satu dipindahkan ke kelas. Perpindahan itu mengikut keputusan ujian Linus yang dijalankan pada bulan Mac. Keputusannya, saya ditempatkan di kelas perdana. Kelas perdana ialah kelas untuk murid-murid yang lulus Linus. Hanya ada 2 kelas perdana iaitu 1 Munsyi dan 1 Alim. Kedua-dua kelas ini tidak perlu lagi mengikuti kelas Linus. Bagi kelas yang perlu mengikuti Linus, mereka perlu melalui dua lagi ujian Linus yang akan dijalan pada tahun ini juga.
Ujian Linus perlu dijalankan juga pada tahun 2 dan tahun 3 nanti.
Kedua, saya dan kakak mengadu pada ibu yang kami tidak nampak tulisan di papan putih dengan jelas. Ibu bawa kakak ke klinik komuniti sg buluh. bacaan snellen kakak 6/9. tapi ibu terlupa daftarkan saya. Akhirnya ibu bawa saya ke kedai cermin mata. setelah diperiksa, optometris suruh ibu bawa saya berjumpa doktor. rabun saya lebih teruk berbanding kakak. saya akan berjumpa pakar pada 3 mei nanti.
Saya sedang membaca carta snellen di unit ofthalmology, hospital sungai buloh. Bacaan Snellen saya 6/36
Posted by Fatini Husna at 1:13 AM 1 comments
Thursday, April 15, 2010
Kakak periksa mata
Hari ini kakak periksa mata di unit oftalmologi Hospital Sg. Buloh. Kakak mengadu pandangan tidak berapa jelas. Tetapi setelah optometris periksa, mata kakak ok. Doktor tak cadangkan kakak pakai cermin mata pun. Sian kakak, sebenarnya dia nak sangat pakai cermin mata. Apakan daya, hajat tak kesampaian.
Ini gambar2 kakak.
Adik Najah dan Fatimah pun ikut kakak ke hospital.
Posted by Fatini Husna at 8:52 AM 0 comments
Labels: adik-beradikku
Saturday, April 10, 2010
Fatimah tampal gigi
Hari ini ibu bawa saya periksa mata di klinik komuniti Sg Buloh. Fatimah pula dibawa jumpa doktor gigi untuk tampal gigi gerahamnya yang berlubang. 3 minggu lepas, doktor sudah tampal dua batang gigi gerahamnya. ada lagi yang belum ditampal, sebab itu doktor suruh datang lagi. Malangnya hanya satu gigi dapat ditampal, satu lagi tak boleh tampal kerana lubangnya dah besar.
Kesian ateh... :)
Fatimah tampal gigi. Beraninya dia! Umur baru 4 tahun.
Posted by Fatini Husna at 1:23 AM 0 comments