BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Sunday, April 18, 2010

Periksa mata

Sudah lama saya tidak menulis di sini. Ada perkara-perkara menarik yang saya jalani.

Khamis lepas, semua murid Tahun Satu dipindahkan ke kelas. Perpindahan itu mengikut keputusan ujian Linus yang dijalankan pada bulan Mac. Keputusannya, saya ditempatkan di kelas perdana. Kelas perdana ialah kelas untuk murid-murid yang lulus Linus. Hanya ada 2 kelas perdana iaitu 1 Munsyi dan 1 Alim. Kedua-dua kelas ini tidak perlu lagi mengikuti kelas Linus. Bagi kelas yang perlu mengikuti Linus, mereka perlu melalui dua lagi ujian Linus yang akan dijalan pada tahun ini juga.

Ujian Linus perlu dijalankan juga pada tahun 2 dan tahun 3 nanti.

Kedua, saya dan kakak mengadu pada ibu yang kami tidak nampak tulisan di papan putih dengan jelas. Ibu bawa kakak ke klinik komuniti sg buluh. bacaan snellen kakak 6/9. tapi ibu terlupa daftarkan saya. Akhirnya ibu bawa saya ke kedai cermin mata. setelah diperiksa, optometris suruh ibu bawa saya berjumpa doktor. rabun saya lebih teruk berbanding kakak. saya akan berjumpa pakar pada 3 mei nanti.


Saya sedang membaca carta snellen di unit ofthalmology, hospital sungai buloh. Bacaan Snellen saya 6/36

1 comments:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....