Saya demam panas selama beberapa hari. Selepas menyertai sukan sekolah pada hari Sabtu (saya menang tempat ketiga lompat kanggaru. Hehe...), saya mulai demam pada hari Isnin. Mujurlah pada hari itu sekolah cuti peristiwa. petangnya ibu bawa saya ke klinik an-Nisa. Dr bagi sya nebulizer sebab saya mengadu susah bernafas. Ibu beritahu dr badan saya panas. bila doktor cek, suhu badan saya 38.8C. Jadi doktor pun bg cuti dua hari.
Hari khamis, demam panas saya masih kuat. Ibu bawa saya ke klinik kesihatan sg buloh. di sana suhu saya 38.4. Tapi dr tak bagi apa2 ubat, sebab dr suruh saya habiskan antibiotik dulu.
Hari Sabtu barulah saya pulih sepenuhnya.
Tapi hari isnin saya kena pergi jumpa pakar mata pula. bila balik dari hospita, sudah pukul 2 petang. ibu hantar juga ke sekolah sebab sudah seminggu saya tak ke sekolah. Huhu... saya menangis dalam kelas. puas ibu pujuk.
(bekas hijau tu standby, takut2 termuntah!)
0 comments:
Post a Comment