BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Wednesday, November 25, 2009

Kenangan pada hari akhir sekolah


Ini gambar2 saya yang diambil pada hari terakhir persekolahan di Tadika Little Ikhwan, Puncak Alam.


Bersama Cikgu Azizah


Bersama Cikgu Noormah dan Cikgu Nur Ain


Menikmati jamuan



Bersama kawan-kawan yang sama-sama meninggalkan tadika untuk masuk ke tahun satu

Wednesday, November 4, 2009

Satu hari semasa ibu tiada ...

Hai semua ...

Sudah agak lama Una tak update blog Una ni. Spongebob ini pun sudah membosankan, tetapi Una tidak ada masa hendak cari template baru yang lebih menarik. Lagi pun, komputer selalu di'conquer' oleh kakak dan dua abang Una tu...

Tak lama lagi cuti panjang akan bermula. Tahun hadapan Una akan masuk darjah satu. Una akan bersekolah agama pada sebelah pagi dan sekolah kebangsaan pada sebelah petang. Aduh ... tentu penat, kan?

Hari ini Una nak letak gambar kami pergi main playground. Abah bawa kami pergi playground masa ibu pergi kursus. Kalau ibu tak pergi kursus, kami pun tak ada peluang main di playground kerana ibu dan abah sama-sama sibuk. Kesian kami kan ...










Thursday, October 15, 2009

Bag sekolah Una



g
Inilah beg sekolah Una. Beg rabbit ini diberi oleh Mak Ngah. Tapi sekarang dah koyak. Jadi ibu suruh pakai beg kakak, beg Asuh yang warna pink tu.

Wednesday, October 7, 2009

Melawat Pusat Sains Negara

Hari ini Una melawat Pusat Sains Kiara. Una pergi dengan kawan-kawan tadika naik bas sekolah. Seronoknya di sana. Una main sampai terjatuh dan seluar sekolah Una koyak di lutut. He he ... ibu marah, tapi nak buat macam mana.

Gambar di bawah ni menunjukkan cenderamata yang Una dapat dari sana.


Ajah dan Ateh pun sibuk tengok.

Wednesday, September 9, 2009

Akhirnya saya dapat basikal

Saya selalu merengek pada ibu, minta dibelikan sebuah basikal. Dulu saya ada basikal, tetapi sudah rosak.

Akhirnya, pada hari Jumaat lepas, ibu belikan saya sebuah basikal baru di sebuah kedai di Bandar Baru Sungai Buloh.

Alhamdulillah, terima kasih ibu dan abah.





Saturday, August 8, 2009

Una suka menulis dan melukis


Una suka melukis dan menulis. Ini lukisan Una yang baru Una lukis tadi. Orait tak?


Wednesday, August 5, 2009

Nama bahagian muka


Hari ini, Una nak hafal nama-nama bahagian di kepala. Kawan-kawan sudah hafal? Jika belum, mari kita hafal sama-sama.




Pergi awal ke tadika

Hai semua ...

Semalam dan hari ini, saya pergi awal ke tadika. Saya pergi sekali dengan kakak dan angah yang nak pergi sekolah. Bila saya sampai ke tadika, sudah ada budak2 yang datang. Barulah seronok, dapat main. Selalunya saya sampai ke tadika sudah lebih pukul lapan. Budak-budak sudah beratur. Kadangkala budak-budak sudah masuk ke kelas. He he he ... Tapi sekarang tidak lagi!

Tuesday, August 4, 2009

Gambar kenang-kenangan

Assalamualaikum semua ...

Bulan lepas, tadika Una ambil gambar murid-murid untuk kenang-kenangan. Nak tengok gambar Una?


Di bawah ini, gambar Una pegang skrol ijazah.



Yang ini pula, gambar kelas Una. Cikgu ni bukan cikgu kelas Una. Cikgu kelas Una, Cikgu Ain, sedang cuti bersalin.

Monday, July 13, 2009

Tadika berpindah ke bangunan baru

Hari ini tadika Una pindah ke bangunan baru. Bangunan ini ialah rumah teres dua tingkat yang telah dibeli oleh tadika Pasti Little Ikhwan. Bangunan sebelum ini disewa.

Seronoknya belajar di tadika baru yang cantik. Penuh semangat!

Maaf... tak ada gambar sebab Una tak ada kamera. Nanti kalau Una dah beli kamera, Una letak gambar tadika Una di sini ya.

Bye...

Saturday, June 20, 2009

esok ambil report card

Esok Una akan ambil report card. Entah macam mana keputusan Una nanti. Tolong

doakan Una dapat keputusan yang bagus, tau!!

Thursday, May 28, 2009

Hari Guru

Hai...

Hari ini saya tak belajar. Sebab tadika saya buat sambutan Hari Guru. Saya bawa sandwich untuk sambutan Hari Guru ini. Tadika penuh sesak kerana budak-budak sesi petang turut datang pada sebelah pagi. Seronok...!

Sunday, February 1, 2009

Thursday, January 22, 2009

Kapal terbang besar

Sudah beberapa hari Una rasa malas hendak ke sekolah. SEbab,

takut dengan cikgu garang. Tapi Una kena pergi juga sekolah.

Nanti ibu marah. He he...


Bila balik sekolah, Una main kereta remote. Hari ini, masa main

kereta remote Una dengar bunyi kapal terbang yang sangat

kuat. Una tengok kat luar. Kapal terbang tu sangat besar.





Wednesday, January 14, 2009

Cikgu garang

Semalam Una bangun pagi, Una tak nak ke sekolah. Sebab ada cikgu garang di sekolah.

Semua budak kena rotan. Una tak suka



Thursday, January 8, 2009

Nama saya Fatini


Kawan-kawan kat sekolah panggil Una dengan nama Fatini. Kat rumah semua orang panggil Una. Una yang suruh cikgu dan kawan-kawan panggil nama Fatini. Sebab dalam kelas Una sudah ada budak lain yang namanya Husna. Kalau ada dua orang nama Husna, tentu susah kan?

Kakak kata Una nakal. Tapi... sebenarnya, Una memang nakal. Una tak marah orang kata Una nakal. Tapi bukan jahat, Una baik.

Kenapa kakak kata Una nakal? Sebab Una suka buli kakak! He hehe he..........

Hari ini Una nak letak gambar gorilla tidur. Zzzzz.....


Wednesday, January 7, 2009

Una masuk tadika

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ketiga Una belajar di tadika Pasti Little Ikhwan di Fasa 2 Puncak Alam. Walaupun masa bangun pagi Una kata tak mahu ke sekolah, tetapi selepas mandi Una terus juga bersiap-siap memakai uniform sekolah. Kemudian Una bersarapan dengan bihun sup yang Una suka tu.

Hari ini, abang Hasib yang hantar Una ke sekolah dengan basikal. Semalam abah yang hantar. Hari Isnin juga abah hantar. Hari ini mula naik van Pak Mat masa balik rumah. Semalam dan hari Isnin tumpang Cikgu Ain sebab anak Pak Mat kata van dah penuh. Tapi Pak Mat kata boleh sumbat lagi walaupun van dah macam sardin. Ada lebih 20 orang budak tadika Little Ikhwan yang naik van Pak Mat. Mujurlah rumah Una tidak terlalu jauh dari tadika. Jadi Una nombor dua yang turun dari van. Tak kisahlah tak dapat duduk pun.

Hari ini Una dan kawan-kawan menyanyi lagu rama-rama.


Thursday, January 1, 2009

Shark

Una suka ikan jaws. Tapi takut. Tapi kalau

gambar tu tak takutlah.