BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Wednesday, November 4, 2009

Satu hari semasa ibu tiada ...

Hai semua ...

Sudah agak lama Una tak update blog Una ni. Spongebob ini pun sudah membosankan, tetapi Una tidak ada masa hendak cari template baru yang lebih menarik. Lagi pun, komputer selalu di'conquer' oleh kakak dan dua abang Una tu...

Tak lama lagi cuti panjang akan bermula. Tahun hadapan Una akan masuk darjah satu. Una akan bersekolah agama pada sebelah pagi dan sekolah kebangsaan pada sebelah petang. Aduh ... tentu penat, kan?

Hari ini Una nak letak gambar kami pergi main playground. Abah bawa kami pergi playground masa ibu pergi kursus. Kalau ibu tak pergi kursus, kami pun tak ada peluang main di playground kerana ibu dan abah sama-sama sibuk. Kesian kami kan ...










0 comments: