Alhamdulillah, hari ini masuk hari ketiga Una belajar di tadika Pasti Little Ikhwan di Fasa 2 Puncak Alam. Walaupun masa bangun pagi Una kata tak mahu ke sekolah, tetapi selepas mandi Una terus juga bersiap-siap memakai uniform sekolah. Kemudian Una bersarapan dengan bihun sup yang Una suka tu.
Hari ini, abang Hasib yang hantar Una ke sekolah dengan basikal. Semalam abah yang hantar. Hari Isnin juga abah hantar. Hari ini mula naik van Pak Mat masa balik rumah. Semalam dan hari Isnin tumpang Cikgu Ain sebab anak Pak Mat kata van dah penuh. Tapi Pak Mat kata boleh sumbat lagi walaupun van dah macam sardin. Ada lebih 20 orang budak tadika Little Ikhwan yang naik van Pak Mat. Mujurlah rumah Una tidak terlalu jauh dari tadika. Jadi Una nombor dua yang turun dari van. Tak kisahlah tak dapat duduk pun.
Hari ini Una dan kawan-kawan menyanyi lagu rama-rama.
Wednesday, January 7, 2009
Una masuk tadika
Posted by Fatini Husna at 12:54 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment