Sudah lama saya tidak menulis di sini. Ada perkara-perkara menarik yang saya jalani.
Khamis lepas, semua murid Tahun Satu dipindahkan ke kelas. Perpindahan itu mengikut keputusan ujian Linus yang dijalankan pada bulan Mac. Keputusannya, saya ditempatkan di kelas perdana. Kelas perdana ialah kelas untuk murid-murid yang lulus Linus. Hanya ada 2 kelas perdana iaitu 1 Munsyi dan 1 Alim. Kedua-dua kelas ini tidak perlu lagi mengikuti kelas Linus. Bagi kelas yang perlu mengikuti Linus, mereka perlu melalui dua lagi ujian Linus yang akan dijalan pada tahun ini juga.
Ujian Linus perlu dijalankan juga pada tahun 2 dan tahun 3 nanti.
Kedua, saya dan kakak mengadu pada ibu yang kami tidak nampak tulisan di papan putih dengan jelas. Ibu bawa kakak ke klinik komuniti sg buluh. bacaan snellen kakak 6/9. tapi ibu terlupa daftarkan saya. Akhirnya ibu bawa saya ke kedai cermin mata. setelah diperiksa, optometris suruh ibu bawa saya berjumpa doktor. rabun saya lebih teruk berbanding kakak. saya akan berjumpa pakar pada 3 mei nanti.
Saya sedang membaca carta snellen di unit ofthalmology, hospital sungai buloh. Bacaan Snellen saya 6/36
Sunday, April 18, 2010
Periksa mata
Posted by Fatini Husna at 1:13 AM 1 comments
Thursday, April 15, 2010
Kakak periksa mata
Hari ini kakak periksa mata di unit oftalmologi Hospital Sg. Buloh. Kakak mengadu pandangan tidak berapa jelas. Tetapi setelah optometris periksa, mata kakak ok. Doktor tak cadangkan kakak pakai cermin mata pun. Sian kakak, sebenarnya dia nak sangat pakai cermin mata. Apakan daya, hajat tak kesampaian.
Ini gambar2 kakak.
Adik Najah dan Fatimah pun ikut kakak ke hospital.
Posted by Fatini Husna at 8:52 AM 0 comments
Labels: adik-beradikku
Saturday, April 10, 2010
Fatimah tampal gigi
Hari ini ibu bawa saya periksa mata di klinik komuniti Sg Buloh. Fatimah pula dibawa jumpa doktor gigi untuk tampal gigi gerahamnya yang berlubang. 3 minggu lepas, doktor sudah tampal dua batang gigi gerahamnya. ada lagi yang belum ditampal, sebab itu doktor suruh datang lagi. Malangnya hanya satu gigi dapat ditampal, satu lagi tak boleh tampal kerana lubangnya dah besar.
Kesian ateh... :)
Fatimah tampal gigi. Beraninya dia! Umur baru 4 tahun.
Posted by Fatini Husna at 1:23 AM 0 comments