BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Thursday, January 22, 2009

Kapal terbang besar

Sudah beberapa hari Una rasa malas hendak ke sekolah. SEbab,

takut dengan cikgu garang. Tapi Una kena pergi juga sekolah.

Nanti ibu marah. He he...


Bila balik sekolah, Una main kereta remote. Hari ini, masa main

kereta remote Una dengar bunyi kapal terbang yang sangat

kuat. Una tengok kat luar. Kapal terbang tu sangat besar.





Wednesday, January 14, 2009

Cikgu garang

Semalam Una bangun pagi, Una tak nak ke sekolah. Sebab ada cikgu garang di sekolah.

Semua budak kena rotan. Una tak suka



Thursday, January 8, 2009

Nama saya Fatini


Kawan-kawan kat sekolah panggil Una dengan nama Fatini. Kat rumah semua orang panggil Una. Una yang suruh cikgu dan kawan-kawan panggil nama Fatini. Sebab dalam kelas Una sudah ada budak lain yang namanya Husna. Kalau ada dua orang nama Husna, tentu susah kan?

Kakak kata Una nakal. Tapi... sebenarnya, Una memang nakal. Una tak marah orang kata Una nakal. Tapi bukan jahat, Una baik.

Kenapa kakak kata Una nakal? Sebab Una suka buli kakak! He hehe he..........

Hari ini Una nak letak gambar gorilla tidur. Zzzzz.....


Wednesday, January 7, 2009

Una masuk tadika

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ketiga Una belajar di tadika Pasti Little Ikhwan di Fasa 2 Puncak Alam. Walaupun masa bangun pagi Una kata tak mahu ke sekolah, tetapi selepas mandi Una terus juga bersiap-siap memakai uniform sekolah. Kemudian Una bersarapan dengan bihun sup yang Una suka tu.

Hari ini, abang Hasib yang hantar Una ke sekolah dengan basikal. Semalam abah yang hantar. Hari Isnin juga abah hantar. Hari ini mula naik van Pak Mat masa balik rumah. Semalam dan hari Isnin tumpang Cikgu Ain sebab anak Pak Mat kata van dah penuh. Tapi Pak Mat kata boleh sumbat lagi walaupun van dah macam sardin. Ada lebih 20 orang budak tadika Little Ikhwan yang naik van Pak Mat. Mujurlah rumah Una tidak terlalu jauh dari tadika. Jadi Una nombor dua yang turun dari van. Tak kisahlah tak dapat duduk pun.

Hari ini Una dan kawan-kawan menyanyi lagu rama-rama.


Thursday, January 1, 2009

Shark

Una suka ikan jaws. Tapi takut. Tapi kalau

gambar tu tak takutlah.